Bismillah.. Saya cuba kongsikan sedikit pemahaman yang mungkin boleh di pakai oleh rakan2 trader semasa menganalisis market. Chart Pattern bukanlah satu ilmu baru tetapi ianya sudah lama dipakai sekian lama dalam dunia FOREX. Tanpa mengatakan teknik ini adalah yang terbaik tetapi disisi lain saya harap ianya dapat membantu rakan2 utk menganalisis market sebelum melakukan entry atas tujuan mencari rezeki. Moga bermanfaat ..Insya Allah…
Part 1 : Mengenal HNS ( Head and Shoulder )
Bentuk ini termasuk dalam kategori chart pattern. Bentuk asas HNS terdiri dari LS (left shoulder/bahu kiri), HEAD (kepala), dan RS (right shoulder/bahu kanan).
HNS tidak semestinya terbentuk dgn baku/tetap iaitu LS dan RS nya sekata.
HNS juga boleh terbentuk dgn keadaan dimana kedua2 bahu (shoulder) berada dalam keadaan tidak seimbang. (senget/miring/ price disalah satu bahu (shoulder) itu berasa diatas atau dibawh price bahu pasangannya.
Secara kesimpulannya..bentuk HNS yang cantik/sempurna adalah :
a. Head (kepala) berada lebih tinggi dari Shoulder( Bahu)
b. Kedua dua price shoulder berada di area yang sama. Ini bermaksud bahu kiri dan bahu kanan itu berada dalam keadaan yang seimbang.
c. HNS ini terbentuk dlm tempoh 3 hari. LS di hari pertama, head di hari kedua, dan RS di ari yang ketiga.
Sekali lagi diingatkan..hal2 di atas adalah menurut pemerhatian saya yg newbie ni sahaja. Jika ada penambahan dari rakan rakan, amatlah dialu2kan..( bersambung~)
Bismillah..
Part 2 : Mengenal HNS di tf H1.
SS ini menunjukkan pembentukan HNS di timeframe H1 yang memakan masa 1 hingga 4 hari.
Semakin luas hari yang di gabungkan, maka semakin besar saiz HNS tersebut.
(bersambung~)
Bismillah..
Part 3 : Cara enty di HNS.
Bismillah.. Part 3 : Cara enty di HNS. Kebanyakan sumber di internet akan menampilkan cara entry di HNS dgn panduan pic yg dilampirkan. BENARKAH BEGITU?? Jawapannya , BENAR!!! "mengikut perspektif mereka dan jangan di perkecilkan. Cuma di sini , seperti diawal SS, saya cuba kongsikan sedikit pemahaman cara entry di HNS berdasarkanperspektif saya yang newbie ni... (bersambung)~
Bismillah..
Part 4 : melihat posisi entry di HNS
Part 4 : melihat posisi entry di HNS
Pada bentuk HNS yang sempurna ( LS dan RS nya seimbang),
ENTRY SELL di lakukan pada area RS (sekitar area price LS) dan TP/exit market
pada ketika price turun ke neckline (menjadikan bentuk HNS telah sempurna).
Ataupun dibawahnya lagi (menjadikan kaki LS dan RS sama panjang). Perhatikan juga faktor2 lain seperti SNR/SND/VOLUME dan sebagainya utk memeperkukuhkan lagi keputusan anda exit market.
Lock profit sgt perlu dilakukan apabila price mula turun, sebeum anda mengambil keputusan utk TP di neckline ataupun HOLD SELL utk menunggu price turun lg dan menjadikan LS serta RS sama panjang.
(bersambung~)
Bismillah..
Part 5 : Persiapan analisis HNS sebelum entry.
26 dis dan 27 dis 2012 telah membentuk LS dan HEAD.
Maka TANDAKAN price di bahu kiri (LS) dgn Horizontal line. Samada di body, shadow, dan harga tertinggi di area LS tersebut.
Kita tidak akan mampu mendetect awal pembentukan LS..kecuali setelah munculnya HEAD pada 27/12/2012. (harga tertinggi di HEAD 27/12 telah menjunam berikut terjadinya pembentukan cs pattern
HANGINGMAN SELL + resistance pada 20/12.) Sila rujuk fx open.
Setelah penandaan HL dilakukan..area HL pada 28/12 adalah area target utk sell JIKA terjadinya hint utk RS.
(bersambung~)
Bismillah
Part 6 : Trick di HNS.
Market berpura sell akan memerangkap trader. Ini kerana mereka beranggap bahwa entry sell mereka tepat. TETAPI…beberapa ketika kemudian mereka mula goyah kerana market naik kembali keatas. Di kondisi ini trader akan terkene SL (samada positif atau negative), ada yang bertindak cut loss, dan ada juga bertindak mengambil posisi buy kerana menjangka market akan terus naik.
(bersambung~)
Bismillah
Part 7 : Contoh market berpura SELL 28/12/2012
Bismillah
Part 7 : Contoh market berpura SELL 1/11/2012
Bismillah
Part 8 : Contoh market 14/2/2013
Bismillah..
Part 9 : Fahamkan…
(bersambung~)
Bismillah..
Part 10 : Contoh market HNS 28.12/2012
Market berpura sell..kemudian price naik ke atas
Menembusi hi 8am dan membentuk cs pattern sooting star.
Maka di sisi entry SELL dilakukan.
TP : Area Neckline atau apabila price RS sama dgn price low LS (bentuk hns sudah sempurna )
(bersambung~)
Bismillah..
Part 10 : Contoh market HNS 1/11/2012
Market berpura sell..kemudian price naik ke atas
Menembusi hi 8am dan membentuk cs pattern evening star
Maka di sisi entry SELL dilakukan.
TP : Area Neckline atau apabila price RS sama dgn price low LS (bentuk hns sudah sempurna )
(bersambung~)
Bismillah..
Part 11 : Contoh market INVERTED HNS EJ 3 APRIL 2013
Market berpura BUY.kemudian price naik ke atas
Menembusi hi 8am dan membentuk cs pattern evening star
Maka di sisi entry SELL dilakukan.
TP : Area Neckline atau apabila price RS sama dgn price low LS (bentuk hns sudah sempurna )
(bersambung~)
Mohon penambahbaikan jika ada kekurangan. Terima kasih….. Wassalam. Strange Pip.
Sedikit Panduan tentang Chart Pattern “HNS” Head and Shoulder
4/
5
Oleh
Unknown